Selasa, 22 November 2011

Herba Asli................ubat cuci darah

Bismillah Hirahman Nir-rahim................................................
(Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasihani)


Asalamualikum wa-rahmatullah hi wa-barokatuh,

Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian, lengkap anggota dan pancaidera. Alhamdulillah, bersyukur keatas kesempurnaan segala kejadianNya. Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menganugarahkan kita akal fikiran bagi menilai dan memilih kebaikan atau keburukan yang patut kita ambil untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan diakhirat kelak.

Sebagaimana yang kita semua maklum bahawasanya manusia dijadikan daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah bila mati kelak. Allah jadikan bumi dan segala isinya untuk manusia. Nabi Adam a.s. diajar bercucuk tanam untuk menjalani kehidupannya dimuka bumi ini, manusia pertama yang menafaatkan tumbuhan sebagai punca rezeki dan zat yang diperlukan oleh badan manusia. Tumbuhan dan hasil tumbuhan jualah yang memberikan kita tenaga dan meningkatkan kekebalan badan, menangkis segala serangan penyakit.

Bermula dari situlah maka kita semua memahami bahawa tumbuhan amat berguna untuk membekalkan tenaga, zat, melancarkan perjalanan darah dan membekal oksijan yang diperlukan oleh badan. Tumbuhan jualah yang menjadi ejen pecair dan pembersih darah. Maka dari situlah saya berkeyakinan benar bahawa tumbuhan sahajalah yang mampu dijadikan bahan untuk mencuci darah dan saya kongsikannya disini bersama saudara.

Kenapa darah kita jadi kotor?

Kejadian darah kotor, pekat atau bertoksid memang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Perkara begini sudah menjadi lumrah dan sentiasa bermain dalam pemikiran serta seringkali menjadi topik perbualan harian kita. Apakah kita redha darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid? Jawabnya tentu sekali kita tidak redha dan timbul rasa takut atau cemas. Mengikut kelazimannya bila darah kita sudah tidak normal lagi maka berbagai-bagai penyakit akan menyerang kita. Kenapa darah kita menjadi kotor, pekat atau bertoksid?

Punca yang biasa kita ketahui:

Pemakanan tidak seimbang, berkolestrol tinggi, terlampau manis, masin atau masam selalunya akan mengganggu sistem pencernaan badan kita. Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan kita bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna. Kebanyakan makanan pula mengandungi pengawet, penaik, perisa tambahan, perasa dan pewarna tiruan akan larut dalam darah sebagai toksid yang akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kita istilahkan ianya sebagai "Darah Kotor".

Punca lain yang sangat bahaya:

Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden harini. Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kitam dipercayai boleh mereputkan tulang.

Kebanyakan dadah atau bahan kimia proses yang digunakan dalam ubatan tadi akan mewujudkan ketagihan dan membuatkan kita terlalu bergantung padanya. Amalan yang berterusan akan menyebabkan darah kita menjadi pekat dan kotor, seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit sampingan yang sangat bahaya terutama barah yang sangat popular sekarang ni...................

Dadah menjadi perangsang minda, mehilangkan rasa sakit juga alat penenang ketika kita sedang dilanda kesakitan. Dikala itu kita akan jadi khayal dan kemungkinan besar kita akan lupa diri, lupa juga pada Yang Maha Berkuasa, naumzubillah-himinzalikh.

Darah yang kotor akan menghalang zikrullah mengalir dalam darah kita menyebabkan kita jadi alpa kepada Yang Maha Pencipta. Tidak hairanlah kalau disaat-saat akhir kehidupan, terutama yang terlantar diwad, kita dapati ada diantaranya akan jadi malas untuk solat, zikrullah dan hilang kepergantungan kita kepada Yang Maha Esa.

Kenapa kita perlu bersihkan darah?

Apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera. Banyak pendekatan yang boleh kita ambil samada buat senaman, riadah atau makan penawar dibawah.

Segala usaha adalah menjadi wajib kerana menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita untuk menjaga badan kita yang dipinjamkan ini. Jangan biarkan sampai sesiapa jua merosakkannya dengan membuang sebahagian daripada komponannya sesuka hati. Satu masa kita akan pulangkannya kepada yang berhak. Sampai hatikah kita kembalikan barang yang dipinjamkan kepada kita dalam keadaan rosak atau tidak normal lagi?

Darah yang bersih akan dapat melahirkan badan yang sihat, organ yang cergas, minda yang sempurna, jiwa yang tenang, hati yang baik dan akan mengalir zikrullah bersama oksijan disegenap urat saraf kita sehingga ke saraf paling halus sekalipun, insya-Allah.

Kepentingan darah bersih kepada organ dan sistem badan

Darah yang bersih akan dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ badan, segaligus mempengaruhi sistem badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagaiya. Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik kita sangat-sangat memerlukan darah yang bersih dengan kandungan oksijan dan zat yang diperlukan secukupnya serta mempunyai kadar kecairan yang sesuai.

Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem, sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ dan lain-lain.

Apakah penyakit yang senang dan selalu dihidapi oleh mereka yang mengandungi darah kotor?
Antaranya adalah:

Senarai dibawah adalah diambil secara rawak, sebenarnya masih banyak lagi penyakit-penyakit yang disebabkan darah kotor:

a) Jangkitan kuman dalam darah
b) Darah tinggi
c) Kencing manis / diabetis.
d) Kegemukan
e) Gatal / berkudis
f) Sakit / lenguh-lenguh urat-saraf
g) Mudah letih
h) Sterss
i) Penyakit kulit seperti kurap, panau atau badam
j) Sakit jantung
k) Komplikasi hati
l) Buah pinggang
m) Buasir
n) Batu karang
o) Hapetitis B
p) Senggugut
q) Strok
r) Uluran / medu
s) Hulu hati
t) Radang paru-paru
u) Ulser
v) Barah
w) Kegemukan

Bagaimana berbagai-bagai penyakit tersebut boleh sembuh?

Apabila kita mengalami masalah kesihatan atau sedang sakit biasanya kita akan segera berusaha untuk sembuh, samada makan ubat atau berpantang. Biasanya bagi kita orang Islam pasti tidak lupa berdoa dan bertawakkal. Sebagai tip bagi tujuan memulihkan kesihatan kita saya kongsikan dengan saudara satu rahsia.

Bila berlaku sedikit kecuaian samada oleh tangan kita sendiri atau oleh orang lain maka kita akan jadi mangsa dan terperangkap dalam masalah kesihatan. Kenapa kita jadi tidak sihat? Sebahagian besarnya berpunca dari darah kotor. Nabi Muhammad saw pernah bersabda " Segala penyakit berpunca dari perut" membawa maksud apajua yang kita makan atau minum akan masuk kedalam perut dan menghasilkan darah. Makanan yang bercampur berbagai-bagai bahan luaran menjadi punca utama darah jadi kotor, sekaligus mengganggu kestabilan sistem badan dan organ.

Bagaimana?

Sebagai pemilik tubuh yang dikurniakan Illahi dengan sebaik-baik kejadian, lengkap dengan segala sistem dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak diberikan kepada makhluk lain dimuka bumi ini kita wajib bersyukur dan perlu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Tubuh kita adalah amanah Allah swt dan kita diberi hak untuk melindungi dan menjaganya semampu kita.

Jadi, untuk kita jadi sihat atau kekal sihat kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan badan kita luar dan dalam. Bagi membersihkan dalaman badan kita, kita perlu makan ubat atau penawar, itu adalah tugas atau tanggung-jawab kita.  Darah yang bersih akan melancarkan sistem badan, sekaligus akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, insya-Allah.

Apabila kita memohon dari Allah swt untuk mengembalikan kesihatan kita maka terlebih dahulu kita perlulah bersihkan dalaman badan kita dulu sebagai tanda melaksanakan amanah kita kepadaNya. Apabila dalaman kita bersih, bebas dari kandungan toksid, dadah, kimia atau apajua samada berpunca dari bahan pengawek makanan atau ubat-ubatan moden akan menghasilkan satu situasi kyusuk dan rasa manis bila berdoa, solat, wirid atau apa-apa amalan soleh. Dikala inilah doa kita mudah dimakbulkan, insya-Allah.

Terkini


Jangkitan kuman dalam darah juga menjadi pembunuh utama kepada manusia, ianya sama bahaya dengan kes aids malah mempunyai siptom yang sangat dasyat dan amat membimbangkan sekali. Saya pernah merawat pesakit yang mempunyai komplikasi darah yang dicemari kuman yang berbagai dan ianya lebih sukar dari merawat pesakit aids, Pada permulaannya penghidap merasakan ianya jangkitan aids dan membuat pengesahan beberapa kali diklinik dan juga hospital kerajaan. Setelah beberapa kali membuat rawatan secara moden diklinik dan hospital tapi masih gagal merawatnya, lalu beliau menghubungi saya bagi mendapatkan rawatan secara tradisional. Alhamdulillah setelah sebulan menerima rawatan penyakitnya pulih dan beliau membuat pengesahan doktor, kini hidupnya normal dan aktif macam biasa semula.

Salah seorang penghidap Hepatitis B telah sembuh setelah mengamalkan ubat saya sudi berkongsi pengalaman bersama saudara disini dan dibawah ada kami lampirkan salinan keputusan ujian yang dikeuarkan dan disahkan oleh dokor yang memeriksa.

Senarai Ubat Cuci Darah:

NDC-M (Lelaki)

Membaiki tisu rosak organ badan, menguatkan antibodi, mengaktifkan sistem organ, membaiki sistem imun, meningkatkan hormon serta menghilangkan stres.

NDC-F (Perempuan)

Sama seperti diatas

NDC-A

Antibiotik dan Antiseptik Semulajadi

Aturan Makan:

NDC-M atau NDC-F mestilah diambil bersama-sama NDC-A. Masing-masing 2 biji dimakan sebanyak 3 kali sehari sebelum atau selepas makan.

Harga:

Harga bagi setiap botol diatas yang mengandungi 30 biji kapsul dijual pada harga RM45.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM49.00 (Sabah dan Sarawak).

Pembelian:

Setiap pelanggan digalakkan membeli satu pakej yang mengandungi 12 botol ubat diatas (untuk tempuh pengambilan selama 30 hari atau empat minggu bagi memastikan proses rawatan berjalan terus sehingga betul-betul mendapatkan hasil yang memuaskan. Bagi pembelian secara pakej tidak dikenakan kos penghantaran. Semenanjung, harga RM540.00 /pakej . Sabah dan Sarawak, harga RM588.00/ pakej

Bagi pembelian kurang dari satu pakej, kos hantaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM20.00 (Sabah dan Sarawak).

Anda juga digalakkan datang mendapatkannya ditempat kami.

Mengapa perlu dapatkan satu pakej?

Ubat diatas bertindak dalam 4 peringkat @ minggu:

Peringkat 1:  Mencairkan Darah

Peringkat 2:  Membersihkan Darah

Peringkat 3:  Membaiki Sistem Badan yang terjejas atau rosak akibat darah kotor, jangkitan kuman, toksid, bahan kimia, dadah dan kerosakan sel darah putih @ antibodi.

Peringkat 4:  Menstabilkan semula sistem badan tadi.

Bagaimana rasanya atau kesan tindakbalas ubat bila ianya berfungsi?

Peringkat 1:  Apabila darah mula mencair, kita dapat rasakan badan kita semakin cergas dari biasa. Adakalanya kita akan rasa ada tolakan dalam darah bilamana darah mula mencair, keadaan ini berlaku sekejap sahaja bila darah mula dibersihkan.

Peringkat 2:  Apabila darah mula dibersihkan, toksid dan bahan-bahan luaran yang tidak diperlukan mula dikeluarkan dari badan kita, kita akan dapati pergerakan kita lebih cergas, buang air lawas dan makan akan lebih selera.

Peringkat 3: Pada peringkat ini proses baik-pulih @ penyembuhan mula berlaku, kita akan dapati segala siptom yang kita hadapi sebelum ini akan mula berkurang.

Peringkat 4: Pada peringkat ini segala siptom yang kita hadapi secara keseluruhnya mulai mengalami perubahan yang ketara. Kita akan dapat jalani kehidupan yang normal, tidur yang nyenyak, makan selera, buang air lawas, minda cergas, jiwa tenang, badan cergas dan berbagai lagi.

Peringatan Tambahan:

Perlu diingatkan kejayaan kita dalam usaha kita merawat penyakit bergantung sepenuhnya kepada usaha kita dengan penuh yakin, istikomah, tawakkal, selalu berdoa dan redha.

Saudara juga disarankan banyak minum air kosong, makan buah-buahan dan senaman bagi membantu proses rawatan dengan cepat. Saudara juga disarankan supaya tidak mengambil makanan @ minuman proses @ segera yang mengandungi pengawet, pewarna, perasa tiruan dan gas. Paling penting elakkan dari mengambil ubat-ubatan moden yang mengandungi kimia dan dadah yang terkawal.

Untuk maklumat lanjut talipon 013-9157619 (Tuan Mohd) untuk berbincang terus. Insya-Allah saya sedia membantu.

BERSAMALAH KITA BERUSAHA MENINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL, INSYA-ALLAH. AMIN

Bertindaklah segera sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi. Bersabar dan redha dengan apa yang dialami, tawakkal dan yakinlah bahawa Allah bersama-sama orang yang sabar, insya Allah. Semoga Allah merahmati segala usaha kita dan memberkati penawar yang sedang kita usahakan ini. Amin.

MERDEKAKAN DIRI, KELUARGA DAN SAHABAT DARI SEBARANG PENYAKIT AKIBAT DARAH KOTOR

******************************************************************************
Disini kami mendapat keputusan bagi penyakit HEPATITIS B, dimana pesakit ini telah sembuh dalam masa 5 bulan, keputusannya adalah seperti dibawah:






Sekian. Terma Kasih.

Wasallam